BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, September 24, 2010

masalah sosial remaja

 Samseng  Dan Gengsterisme
Gejala samseng atau gengsterime  di sekolah menengah di seluruh negara  juga semakin membimbangkan .Mereka  ternyata  semakin berani mencabar undang-undang  dan tidak takut  melakukan kesalahan jenayah  termasuk menggunakan senjata merbahaya..  Berita Harian , 12 Julai 2001 lalu melaporkan  dalam tempoh  10 tahun antara 1989 hingga 1998 kadar jenayah  membabitkan   remaja lelaki dan pelajar meningkat  sebanyak 35 peratus  dan 25 peratus bagi remaja perempuan. Kemeterian Pendidikan dengan kerjasama polis  telah mengenal pasti  pelajar di 456 sekolah  menengah di seluruh negara terdedah kepada kegiatan samseng. Angka ini bukan  sedikit dan menunjukkan  gejala ini  ini berada pada tahap membimbangkan . 
Kalau kita menyorot kembali gejala ini, kita akan  diperlihatkan  kepada pembabitan  pelajar  dalam kes jenayah  berat seperti  membunuh, merogol, menyamun, mengugut dan kes pukul. Terdapat juga pelajar yang terlibat dengan  dadah, mabuk,  memiliki senjata api menceroboh , judi dan membuli.
Peristiwa  terbaru ialah kejadian membakar  sekolah  dan rumah guru yang dilakukan oleh pelajar  sekolah. Seawal belasan tahun  pelajar sudah  terjebak dengan jenayah ekstrem  seperti  membunuh , merogol dan menyamun. Mereka  yang sudah menjinakkan diri dengan  kes seperti mencuri  motosikal, pecah rumah  dan memukul orang , tidak  mustahil akan  terbabit dengan jenayah  berat seperti  membunuh, sindiket senjata api , pengedaran dadah dan juga rompakan senjata api.  Mengikut laporan Menteri Pendidikan semasa persidangan di Parlimen,    statistik kesalahan membunuh, merompak, merogol dan dadah yang dilakukan oleh pelajar-pelajar sekolah menengah di seluruh     mengikut negeri-negeri dari tahun 1999 hingga tahun 2000 dan pertengahan tahun 2001 ialah 12 kes bunuh, 123 kes rogol dan 51 kes samun dan rompakan. 
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan  berlakunya  gejala-gejala tersebut seperti  faktor  rumah tangga, sekolah, persekitaran, media massa dan diri  pelajar itu sendiri . Ramai pelajar dan remaja  mudah terpengaruh dengan media yang memberikan  ganjaran keseronokan  dan mula  tersesat dengan  meniru apa yang dilihat dan dibaca. Kewujudan media berteknologi tinggi mendedahkan remaja kepada pelbagai budaya luar yang kebanyakannya merosakkan pemikiran  mereka.  Selain itu  rumah tangga yang porak peranda dan persekitaran yang tidak sihat juga menyumbang kearah  kelakuan tidak baik di kalangan remaja .Sekiranya ini berlaku  pelajar atau remaja akan mengambil jalan singkat dengan  menjadikan  perbuatan tidak sihat sebagai  jalan keluar  kepada permasalahan mereka.

 Ponteng Sekolah
Senario ponteng sekolah bukanlah merupakan masalah sosial  yang baru di  kalangan pelajar sekolah di negara kita. Perangkaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan  menunjukkan  pelajar terbabit dengan gejala itu agak membimbangkan  iaitu 32092 orang  pada tahun 1993, 154305 (1995)  dan 80937 pada 1997. Pelajar sekolah menengah, terutama di peringkat usia antara 14 hingga 15 tahun dikenal pasti  sebagai kumpulan majoriti  yang terbabit dengan gejala  ponteng. Daripada  keseluruhan  pelajar  yang dikenal pasti terbabit dengan  masalah ponteng, kira-kira 97 peratus adalah dari kalangan  pelajar lelaki dan baki 3 peratus  adalah pelajar perempuan.
 Menurut Setiausaha  Parlimen Kementerian Pendidikan , Datuk Mahadzir Mohd Khir , masalah ponteng lebih ketara  berlaku di kalangan pelajar  peringkat menengah iaitu tingkatan dua dan tiga  terutama  mereka yang bersekolah di kawasan bandar dan sekolah di pinggir bandar. 
 Di antara faktor-faktor yang menyumbang kearah berlakunya  gejala ponteng di kalangan pelajar  sekolah ialah tiadanya minat atau motivasi untuk ke sekolah, tiada kesedaran betapa pentingnya ilmu pengetahuan , pengaruh persekitaran seperti melepak di pusat hiburan,  pusat membeli belah, melayari internet di kafe siber  dan terikut-ikut atau terpengaruh dengan rakan sebaya.
Sesungguhnya gejala ponteng sekolah  adalah masalah serius yang  perlu diberi perhatian.dengan mengambil pendekatan bersepadu  dengan mengesan  punca pelajar terbabit dengan gejala itu dan  kaedah  yang berkesan  untuk menanganinya.. 

  Black Metal  Saban hari bilangan remaja yang terjebak dengan gejala sosial kian meningkat. Yang lebih menyayatkan adalah gejala ini seolah-olah epidemik atau wabak yang  menjangkiti remaja melayu babak demi babak, peringkat demi peringkat dan yang                       terakhir dan masih terasa bahangnya ialah masalah Black Metal dan kini Pink Metal.                        Semua ini sebenarnya adalah masalah lama yang diberi manifestasi baru kerana                        kelekaan sendiri. Masalah Black Metal misalnya merupakan masalah masyarakat yang                        telah membelakangkan adab dan budayanya sendiri sehingga wujud satu                        kekosongan atau vacum yang kaku dan bisu.  Kegiatan Black Metal adalah suatu kegiatan yang mempunyai unsur  pemujaan dan penyembahan syaitan malah ada  pengikut mereka  yang sudah meminum darah kambing sebagai tanda setia kepada kumpulan mereka.. Hasil  daripada siasatan,  polis mendapati 10 pelajar dari sebuah sekolah menengah  di Parit Buntar mula terbabit dengan kumpulan Black Metal  sejak 1999. Ada diantara pelajar berkenaaan terbabit dalam upacara membakar ayat Al Quran dan  mengikuti upacara  yang diketuai `tok guru` yang berselubung hitam.
Akibat dari ketandusan aqidah , pelajar Islam  mula terpengaruh dengan agenda Yahudi  dengan menafikan  tauhid Uluhiyyah.  Adalah  menjadi perkara yang sangat menyedihkan dan mengecewakan apabila terdapat  golongan pelajar  Islam di negara ini yang terpengaruh dengan budaya  yang kurang sihat ini.  Ilmu dan pengajaran daripada  simpulan bahasa dan perumpamaan melayu misalnya, tidak langsung mendapat   tempat sebagai pegangan hidup kita.
Membenteras gejala negatif ini merupakan tanggungjawab sosial semua pihak dari  seluruh anggota masyarakat. Usaha ini memerlukan kerjasama yang padu di                        kalangan anggota masyarakat. Dengan komitmen, kesungguhan dan keikhlasan                        semua pihak, gejala ini akan dapat ditangani dengan sebaiknya, tanpa kita                        membebankan mana-mana pihak.
 

  Dadah, Merokok dan Lari Dari Rumah  Penglibatan pelajar sekolah di negara kita dalam kes merokok, dadah, lari dari rumah  dan judi  bukanlah perkara yang baru. Bagi kesalahan menyalahgunakan dadah yang dilakukan oleh pelajar sekolah bagi tahun 1999 ialah sebanyak 328   kes manakala bagi tahun 2000 ialah sebanyak 448 kes. Diantara  jenis-jenis dadah yang  dikesan  dikalangan pelajar ialah  ganja, heroin, pil ectasy, menghidu gam, meminum ubat batuk dan lain-lain bahan yang mempunyai kesan-kesan dadah. Akhbar Utusan Malaysia yang bertarikh 25.08.2000 melaporkan bahawa 10 orang pelajar  ditahan dalam serbuan polis  yang disyaki ponteng dan menghidu gam. 
Masalah merokok di  kalangan pelajar pula semakin bertambah bilangannya dari sehari ke sehari. Akhbar Berita Harian  bertarikh 30.03 1998 melaporkan terdapat lebih 7000 murid tahun 4 telah merokok diseluruh negeri.  Terdapat beberapa sebab pelajar merokok seperti ingin menonjolkan  emej yang hebat dan kedewasaan, ingin mencuba,  dan mengikut tingkah laku ibu bapa , pengaruh rakan sebaya dan iklan  serta mudah diperolehi di pasaran. Manakala satu lagi kesalahan yang selalu melibatkan para remaja ialah lari atau hilang dari rumah. Statistik untuk tahun-tahun kebelakangan ini menunjukkan remaja yang  lari atau menghilangkan dari rumah semakin membimbangkan Masalah ini mungkin akan menyebabkan wujudnya masalah yang lebih besar apabila mereka menghadapi kesulitan hidup  setelah dari dari rumah seperti   terlibat dalam pelacuran, pelayan di kelab malam atau disco dan sebagainya.